2.1.8 BUDAYA KERJA (PSA)

Setiap kerja yang dilaksanakan dimulakan dengan perancangan diikuti dengan pelaksanaan, semakan dan tindakan susulan (plan, check, do, action) Ketelitian dalam kerja yang bersistematik dan konsisten akan menjamin ketepatan keputusan yang diambil.

Pensyarah bersikap profesional dalam menjalankan tugas dengan harapan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi intelek, jasmani, emosi, fizikal dan rohani beserta penerapan nilau-nilai murni, sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Pengurusan bersikap profesional dalam membuat keputusan. Keputusan yang dibuat tidak bias yakni tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan bagi mengekalkan organisasi yang berintegriti.

Kerja Berpasukan Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,organisasi dan komuniti untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama,ketoleranan dan perpaduan. Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.

Berorientasikan Pelanggan Mengutamakan kepuasan hati pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan. Keterbukaan dalam mendapatkan maklumbalas pelanggan menerusi saluran Hari Bersama Pelanggan, Kajian Kepuasan Hati Pelanggan, Buku Maklumbalas Pelanggan dan Peti Maklumbalas Pelanggan

Sense of Urgency Memastikan setiap pekerjaan dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan dengan penetapan bahawa ianya harus dilaksanakan dengan sempurna. Pengurusan masa yang berkesan serta menyusun tugas mengikut keutamaan (priority) dapat menyelesaikan tugas dengan lebih efektif.

Berorientasikan Kecemerlangan PSA membudayakan kecemerlangan dalam setiap pekerjaan yang di lakukan. Mewujudkan Enam Jawatankuasa Bidang Kecemerlangan bagi menggerakkan aktiviti di Jabatan, Bahagian dan Unit. Setiap tugasan yang diberikan disempurnakan dengan baik dan mempunyai mekanisme penilaian semula (post-mortem) selepas selesai tugasan.

Kepimpinan Melalui Teladan Pihak pengurusan menunjukkan teladan kepimpinan yang baik. Pengurusan atasan merupakan role model bagi pekerja dan dalam masa yang sama wujudnya satu budaya keseronokan yang bekerja yang boleh meningkatkan produktiviti organisasi dan motivasi pekerja. Penetapan visi, misi yang jelas dan meyakinkan dapat mendorong staf untuk lebih berusaha sekaligus berjaya menwujudkan organisasi yang cemerlang.

0 ulasan:

Catat Ulasan