2.2.1 PENGENALAN (UKJKE)

Unit Inkubator Keusahawanan JKE bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing antara pelajar di Politeknik. Ia telah diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Politeknik. Untuk merealisasikan misi dan visi Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menubuhkan Unit Inkubator Keusahawanan Kejuruteraan Elektrik pada yang mana objektif utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Program yang diatur oleh Unit Keusahawanan ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada para pelajar supaya lebih ramai usahawan berjaya dilahirkan di kalangan graduan politeknik. Oleh itu, dengan wujudnya unit ini, ia dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan