4.1.5 LANGKAH 5 : PENGUJIAN THERMO FIUS





Gambar di atas menunjukan bagaimana cara untuk menukar thermo fuis.
Tanggalkan semua wayar mengikut anak panah warna merah kecuali wayar live.

Gambardi atas menunjukan setelah wayar di tanggalkan.





Tanda dahulu pada bodi motor kipas untuk peringatan semasa hendak memasang semula.Seterusnya tanggalkan ke empat-empat biji skru bingkai tepi dan tarik keluar cover hadapan motor kipas.




Gambar di atasmenunjukan setelah motor di buka,seterusnya tarik keluar wayar seperti dalam gambar di atas.



Tanggalkan skru pemegang wayar.


Potong pula wayar kapasitor,dalam gambar di atas ini menunjukan wayar kapasitor telah di potong,Seterusnya tarik keluar coil magnet.Berhati ketika menarik keluar untuk mengelakan coil terputus.


Ini coil magnet setelah di keluarkan,potong kabel tie warna putih.


Seterusnya tarik keluar pembalut tahan panas.


Potong hujung dawai sedikit bagi memudahkan kerja.


Gambar di atas ini menunjukan hujung dawai setelah di potong,Seterusnya tarik keluar pembalut tahan panas.


Gambar di atas ini menampakan thermo fius.


Untuk menyakinkan sama ada betul thermo fius ini sudah tidak berfungsi,maka kita perlu uji menggunakan multimeter. Caranya seperti dlm gambar di atas.Jika jarum meter tak bergerak naik ke angka O,benar thermo fius dah terbakar .Seterusnya potong kaki thermo fius tersebut menggunakanwayer cutter.


Gambar di atas menunjukan thermo fius yang baru,


Lihat gambar di atas,bacaan tahan panasnya ialah 115 darjah celsius.


Untuk memasang balik thermo fius yang baru,ambil seurat dawai pada wayar seperti dalam gambar di atas ini.


Seterusnya cantumkan kaki thermo fius dengan wayar NEUTRAL atau wayar biru..Ikat kaki thermo fius bersama wayar biru dengan menggunakan dawai yang telah di potong tadi.


Peterikan tempat yang di ikat tadi menggunakan peteri timah.


Masukan semula pembalut tahan panas untuk menutup thermo fius.


Cantumkan pula kaki thermo fius bersama dawai coil dan wayar kapasitor yang telah di potong tadi.


Masukan balik pembalut tahan panas untuk menutup tempat yang telah di peteri tadi.



Seterusnya bengkokan sedikit kaki thermo fius untuk memudahkan mengikat.Ikat menggunakan kabel tie seperti dalam gambar di atas.

0 ulasan:

Catat Ulasan