PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,
Dengan penuh kesyukuran kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan latihan industri ini dengan penuh jayanya . Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada;

Puan Hajah Roziah bt Abdul Latiff,
Pegawai Kolaborasi Keusahawanan, kerana memberi perluang kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya untuk menduduki latihan industri di unit tersebut. 

Puan Nor Rofizah bt Abdul Mutalib,
Penyelia Unit Keusahawanan JKE PSA , kerana sudi menerima saya sebagai inkubatee untuk menjalani latihan industri di unit tersebut selama tempoh enam bulan. Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu.

Ribuan  terima kasih juga diucapkan kepada penyelia, pensyarah dan rakan-rakan yang lain kerana banyak membantu saya  sepanjang proses latihan industri ini dilaksanakan dan penyiapan laporan.

Syukur Alhamdulillah.


Sebelum saya mengundur kata, terimalah serangkap pantun,
                                                                                
“Bawa pedati ke Kota Lama,
Suasananya bersih cantik berseri,
 Budi dan bakti saya terima,
 Terima kasih ucapan diberi. "

0 ulasan:

Catat Ulasan